Cara berjimat cermat walaupun sering gagal
Anda mungkin seorang yang gemar berbelanja. Biasanya cukup bulan, gaji anda pun tinggal beberapa ringgit. Kadang-kadang tak tinggal langsung atau habis walau belum cukup bulan.
Cara ini bukan potongan gaji. Cara ini macam menabung tapi sedikit berbeza. Sebenarnya jika anda hendak menyimpan walaupun sukar, caranya adalah :
1) Selesaikan dulu segala komitmen yang ada
2) Simpan lebihan yang ingin dijadikan simpanan, tetapi..
Cara ini kadang-kadang tak efektif. Sampai satu tahap , walaupun tak terdesak, jika nasib tak baik, anda akan habiskan ke semuanya juga. Kenapa? Ini disebabkan plateau effect.
Contoh: anda dah savings, tapi disebabkan inflasi, anda tidak sedar anda telah terbelanja berlebihan daripada biasa. Adalah mustahil anda boleh melakukan kiraan dengan resit secara konsisten. Pasti ada hari yang anda terlepas berbuat demikian. Jadi pada hari yang malang tersebut, anda terpaksa 'mengusik' duit saving anda, sekaligus telah menganggu disiplin menyimpan dan juga jumlah keseluruhan simpanan.
Lama kelamaan , duit simpanan kian berkurang dan akhirnya habis jika perbelanjaan anda tidak dikawal sepenuhnya. Baiklah, sekarang saya akan ajar tips menyimpan yang lain daripada yang selalu anda dengar.
1) Simpan secara konsisten dan jangan anggap duit tersebut sebagai sesuatu yang akan membantu anda pada masa hadapan, tetapi
2) Anggap duit itu anda mungkin takkan dapat gunakan langsung kerana anda kemungkinan akan mewariskannya.
Namun cara ini , ada syarat. Syaratnya, anda harus menetapkan dengan jelas, siapa yang akan anda wariskan segala simpanan tersebut. Pastinya anda akan memilih waris yang paling berhak.
Comments
Post a Comment